We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.
You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!
17 September 2019 ·
Perkongsian daripada ibu bapa Razi untuk hari ini.
“Razi Izani merupakan anak pertama dalam keluarga , dilahirkan pada 9 April 2001 dengan berat 2.9kg. Ketentuan Allah, tiada siapa dapat menolak. Belum hilang kegembiraan meraikan kehadiran cahaya mata pertama, mereka dikejutkan dengan berita yang amat perit dan sukar untuk diterima, sekelip mata kegembiraan mereka direnggut, kelam,gelap dan kosong, hanya air mata menjadi peneman tatkala waktu itu. Hanya pada Tuhan mereka memohon agar tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menempuh dugaan ini. Mereka redha bahawa Razi Izani telah disahkan menghidap Kanser ‘Pelvis Neuroblastoma’ tahap 3 di usia 2 minggu setelah di lahirkan.Penyakit ini telah dikesan sewaktu doktor membuat pemeriksaan jaundis .
Setelah disahkan menghidap kanser, bermulalah episod rawatan kimoterapi. Dengan usia sekecil itu, Razi telah menjalani pembedahan memasukkan CVL sebanyak 2 kali. Razi juga telah menjalani pemeriksaan Radionuklear Scan (MIBG Scan) pada tahun 2003.
Walaupun dalam usia yang masih bayi dan tidak mengerti apa-apa , Razi tidak banyak kerenah dan tidak menimbulkan masalah, malah menunjukkan jati diri dan semangat yang kuat dan ceria. Kesakitan yang dihidapinya berjaya diharungi. Ibunya sentiasa bersama Razi sepanjang tempoh rawatan dijalankan dan menjadikan anaknya sebagai pemberi semangat kepada dirinya, kekuatan bayi kecil ini menjadi kekuatan kepada keluarganya.
Razi telah menamatkan rawatan ketika usia 4 tahun dan telah disahkan bebas kanser. Dia merupakan ‘Cancer Survivor’ yang telah sembuh dari penyakit ini. Razi merupakan seorang yang pendiam dan pencinta kucing. Dia melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di bidang sains sosial di SMK Matang Jaya dan bercita-cita menjadi seorang Professor Matematik . Antara pencapaian terbaiknya;
2016: Pentaksiran Tingkatan 3 (8A)
2018: Pencapaian Terbaik Matapelajaran Matematik Tingkatan 5
2018: Sijil Pelajaran Malaysia (1A, 2A-, 1B+, 2B)
Dengan perkongsian ini, diharap menjadi sumber inspirasi kepada ibu-bapa penghidap kanser yang lain agar jangan mudah putus asa dan sentiasa berfikiran positif. Sokongan dari keluarga, rakan-rakan, pihak SCCS dan orang sekeliling amat diperlukan sebagai pembakar semangat kepada kami.”