We Are Families Helping Families

We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.

You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!

16 October 2019 ·

Dikongsi oleh Doriani Robert.

Pertama sekali saya ingin mengangkatkan segala puji syukur kepada TUHAN kerana saya ada pada hari ini oleh kerana kemurahanNya. Saya telah disahkan menghidap penyakit kanser jenis Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) semasa saya berumur 4 tahun 8 bulan pada tahun 2002.

Disebabkan usia saya yang masih dalam lingkungan kanak-kanak, saya hanya tahu bahawa penyakit saya tersebut boleh membawa maut. Masih segar lagi dalam ingatan saya pada waktu itu, ibu dan ayah saya tidak pernah berhenti berdoa dan meminta bantuan doa untuk kesembuhan saya. Dalam pada masa yang sama saya berfikir saya perlu kuat dan mempunyai tekad yang kuat untuk hidup dan berjuang apabila saya melihat kedua Ibu Bapa saya tidak pernah berputus asa dalam memberi dorongan kepada Saya untuk melawan penyakit tersebut. saya mendapatkan rawatan sepenuhnya iaitu kemoterapi di Hospital Umum Sarawak dan saya telah menamatkan kemoterapi saya pada tahun 2006.

Sepanjang rawatan kemoterapi tersebut, rambut saya mulai gugur hari demi hari saya pun hairan dan bertanya kepada Ibu saya kenapa rambut saya mulai gugur. Ibu saya menjawab supaya rambut kamu lebih lebat dan cantik dan lucunya saya mempercayai hal tersebut sehingga penipuan tersebut membuat saya menjadi lebih bersemangat lagi untuk menjalankan kemoterapi dan sekarang saya telah mengetahui mengapa ibu saya berkata demikian pada waktu itu.

Pada tahun 2017 saya telah disahkan sembuh sepenuhnya oleh Doktor di Hospital Nyabau Bintulu dan tidak memerlukan apa-apa pemeriksaan dan rawatan lagi. Ayah saya berlutut dan mengucap syukur kepada TUHAN atas kebaikanNya dalam hidup kami sekeluarga.

Akhir sekali, kepada pesakit-pesakit kanser yang lain semoga diberikan kesihatan yang kekal. Kunci utama adalah berdoa tanpa henti dan mempunyai semangat yang kuat untuk melawan penyakit yang kita hadapi kerana tiada yang mustahil bagi TUHAN. Damai sejahtera menyertai kamu sekalian AMEN.