We Are Families Helping Families

We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.

You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!

18 September 2019 ·

Luahan hati daripada Ibu Nur El Zahra Bt Dzainal Amir

Nur El Zahra adalah anak kami yang keempat. Dia menghidap penyakit kanser buah pinggang pada usianya 2 tahun 4 bulan. Sebulan selepas diagnosis dan rawatan paliatif, Zahra meninggal dunia pada 13 April 2017.

Pada mulanya, saya akui yang saya tak dapat terima hakikat apabila mendapat tahu dia ada kanser dan sudah sampai tahap 4. Saya rasa hidup saya tidak lagi bermakna selepas itu. Tapi atas sokongan dan semangat dihulurkan oleh keluarga dan pihak SCCS, saya mula redha. Lagi pun pada masa itu saya sedang mengandungkan adik Zahra yang bakal pengantinya. Terima kasih banyak-banyak pihak SCCS yang tidak pernah jemu untuk memberi sokongan,semangat dan kekuatan untuk saya masa itu. Memang ambil masa untuk saya terima kenyataan, tapi setelah saya selamat melahirkan adik Zahra yang bernama Harraz, hidup saya mula kembali ceria atas kehadirannya. Namun ingatan saya tehadap Zahra tidak pernah hilang dari ingatan.

Pengalaman yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila sepanjang hayat adalah saya dan Zahra selalu menginap di rumah kedua iaitu Hospital Umum Sarawak. Dia sentiasa mendapat perhatian lebih daripada para doktor dan nurse, terutama nurse yang bernama June di Wad 2B. Saya sangat happy apabila diberi layanan yang baik walaupun Zahra adalah seorang kanak-kanak OKU.

Lebih daripada 2 tahun pemergian Zahra. Sebagai pelepas rindu saya buat Zahra, saya akan menziarahi kuburnya dan mengimbau kembali foto-foto kenangan bersamanya. Kami sekeluarga sentiasa merindui anak syurga itu.

Saya berharap agar Tuhan temukan dan satukan saya bersama dia kelak di syurga. Aamiin.”