We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.
You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!
9 September 2019 ·
Fernandez atau dipanggil mesra sebagai Ang di kalangan keluarganya, adalah anak bongsu daripada 4 adik beradik dan berusia 9 tahun. Fernandez berasal dari Miri dan berbangsa Kenyah.
Fernandez disahkan menghidap Right Wilms Tumor stage 4 pada Mei 2019, dan ia telah merebak ke bahagian hati.
Sebelum disahkan menghidap penyakit ini, dia seorang kanak-kanak yang mudah bergaul dan aktif sehingga satu hari dia mengadu sakit dan tidak dapat berjalan. Keluarganya tidak menyangka bahawa dia disahkan menghidap kanser.
Fernandez telah menjalani pembedahan untuk membuang buah pinggang sebelah kanan pada 25 Jun 2019 di HKL. Sekarang, dia telah selesai menjalani rawatan radioterapi di Hospital Umum Sarawak, dan meniti hari untuk pulang ke kampung halaman dan kembali ke sekolah dan bertemu rakan-rakan.
Cita-cita Fernandez adalah untuk menjadi seorang doktor haiwan dan ingin merawat haiwan yang sakit, kerana setiap kehidupan berhak untuk diberikan peluang kedua dalam hidup, seperti dirinya.
Harapannya agar semua pesakit kanser sepertinya tetap sabar dan kuat untuk melawan penyakit dan dapat melakukan setiap perkara tanpa batasan. Terus berjuang dan mencapai kejayaan.