We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.
You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!
30 September 2019 ·
[Luahan hati daripada Ibu Fannia]
Fannia berasal dari Kampung Murud Plaman, Serian, disahkan penyakit kanser otak (Brainstem Glioma) pada 14/11/2012 semasa umurnya 3 tahun 11 bulan.
Sejak kecil, Fannia memang tak pernah kedekut dengan senyumannya. Meskipun Fannia perlu melalui pelbagai jenis rawatan yang tidak menyelesakan, dia berhadapan segalanya dengan tabah dan tetap senyum selalu. Fannia suka membaca buku, terutama sewaktunya menerima rawatan di Wad 2A, pastinya bangun awal dan membelit-belitkan buku di sekitarnya. Pada peringkat akhir dalam keadaan yang tidak larat pun, Fannia tetap tidak pernah jauhkan diri daripada buku. Kadang-kadang, Fannia berseronok dengan blok lukisan dan pensel warna. Saya sangat bersyukur anak kesayangan kami adalah seorang budak yang sangat baik, dia disayangi ramai, termasuk doktor-doktor, para jururawat dan juga warga SCCS sekalian.
Pengalaman yang sungguh menyedihkan apabila diimbas kembali tentang Fannia adalah berkenaan semangat perjuangan dan rambut Fannia. Walaupun Fannia menjalani banyak sesi radioterapi, dan memakan ubat kemoterapi yang sangat kuat kesan sampingannya, tetapi rambut Fannia tidak gugur sampai ke masa terakhir hembus nafasnya pada 23/11/2015. Pada masa itu, rambutnya masih lebat kelihatan.
Kenangan yang sukar dilupai yang dikongsi bersama Fannia adalah peluang penerbangan ke Sabah mengunjungi bapa Fannia yang dibiayai oleh SCCS. Pada peringkat akhir penyakit Fannia, dia merindui bapanya yang jauh bekerja di Sabah. Terima kasih budi baik SCCS merealisasikan hajat Fannia, memberikan kenangan manis untuk kami sekeluarga. Di samping itu, SCCS juga memberikan Fannia DVD player mudah alih, di mana Fannia masih dapat menghiburkan diri dengan pelbagai cerita/drama pada saat-saatnya terlantar di katil dan tidak dapat bangun bergerak. Fannia memang sangat puas hati masa itu dan katanya “tak boring, mummy.”
Takkan saya lupa cita-cita murni Fannia adalah menjadi seorang doktor, sebab Fannia beritahu saya, “kalau Fannia jadi doktor, saya boleh rawat mummy apabila sakit nanti.” 3 tahun sudah berlepas sejak pemergian Fannia, masih merindui anak kesayangan ini. Semoga dia tenang di situ bersama orang-orang beriman.