We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.
You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!
14 September 2019 ·
Luahan hati daripada Ibu Syed Aminuddin Bin Wan Hamzah
Anak kesayangan kami, Amin telah menghidap kanser lidah pada tahun 2011 (semasa umurnya masuk 3 tahun). Akan tetapi, Amin meninggalkan kami pada bulan Jun 2014 di Hospital Umum Sarawak, sebelum dia sempat menyambut harijadinya yang ke-5.
Sampai sekarang saya tetap mengingatinya walaupun sudah 5 tahun dia meninggalkan kami. Hanya potret atau fotonya jadi pengganti dirinya untuk melepaskan rindu. Saya terima dugaan ini di atas pemergian anak saya dengan redha dan tawakal atas ketentuan Illahi. Walaupun sebagai seorang ibu, hati tetap sedih kerana tidak menyangka anak saya boleh mendapat penyakit kanser ini.
Amin adalah seorang budak yang sungguh ceria. Perwatakkannya yang sentiasa happy, lebih-lebih lagi semasa pelawat datang beramai-ramai, atau sukarelawan dari SCCS datang menghiburkan mereka di dalam wad. Dan dia akan jadi lebih gembira semasa sambutan harijadi bulanan dalam wad, seolah-olah dia punya birthday. Satu lagi keistimewaan Amin adalah dia akan sentiasa mengeluarkan perkataan Cin Cai Kong (dialek Hokkien) dengan sesiapa saja, itu menandakan moodnya baik pada masa tu.
Walaupun jauh daripada ahli keluarga, tapi ibubapa yang menemani anak mereka dalam wad menjadi peneman saya dikala hati sentiasa sedih melihat Amin yg kadang-kadang mengadu sakit ketika menerima rawatan. Ibubapa pesakit juga menjadi teman saya dan sentiasa berkongsi pengalaman dan cerita masing-masing. Dan tidak lupa juga sokongan daripada staf SCCS yang sentiasa mengambil berat terutamanya saya yang datang dari Sabah. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan Wad 2A, SGH yang berdedikasi dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada kami berdua sepanjang tempoh rawatan Amin di Kuching.
Akhir kata, nasihat saya untuk ibubapa di luar sana: segeralah bawa anak ke klinik atau hospital jika melihat simptom yang pelik atau mencurigakan, sebab kita tidak tahu sama ada simptom itu berasal dari penyakit kanser.