We Are Families Helping Families

We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.

You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!

22 September 2019 ·

Aisyah Adlina Bt. Morsidi berusia 10 tahun dan telah didianogsis menghidap ‘Right leg Osteosarcoma’ pada Mac 2019. Aisyah telah berjaya menamatkan sesi rawatan intensive dan kini hanya perlu berjumpa doctor di Hospital Sibu 2 minggu sekali untuk rawatan susulan.

Aisyah bersekolah di SK Tanjung Manis di dalam Tahun 4. Dia berasa sangat gembira kerana dapat kembali bersekolah. Dia sangat suka bersekolah. Semasa menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak. Dia juga sering pergi ke Sekolah Dalam Hospital untuk belajar. Bagi nya, tiada yang mampu menghalangnya untuk ke sekolah kecuali dia berasa tidak sihat pada ketika itu.

Aisyah suka mencuba sesuatu yang baru, suka bercerita, mewarna dan membuat activity kraft. Makanan kegemaranya adalah ayam goreng dan dia juga bercita cita untuk menjadi seorang cikgu. Walaupun Aisyah mempunyai kekurangan, tetapi dia menerima kekurangan itu dengan hati yang terbuka dan sentiasa berfikiran positif. Aisyah seorang yang tidak mudah putus asa, bersemangat dan tidak mengganggap kekurangan pada dirinya bukan penghalang untuk dia berjaya pada suatu masa nanti. Semangat Aisyah yang kuat membuatkan ibunya tabah dalam mengharungi segala ujian yang di beri Allah pada nya.

Simptom-simptom yang dilalui oleh Aisyah adalah sakit kaki yang teramat sangat dan kembang selepas jatuh. Ibunya menasihati para ibu bapa agar mengawasi anak-anak mereka dalam menjalani aktiviti harian. Jika anak terjatuh mengadu kesakitan dan bengkak cepat cepat la bawa ke hospital yang berdekatan untuk x-tray dan dapatkan nasihat daripada doctor. Jangan biarkan kesakitan dan bengkak berlarutan tanpa pengetahuan doktor kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi.