International Childhood Cancer Day (ICCD) merupakan satu kempen global yang disambut pada 15 Februari setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser kanak-kanak serta menyatakan sokongan kita kepada semua keluarga di seluruh dunia yang bertarung melawan kanser kanak-kanak.
Tema pada tahun ini adalah ‘Through Our Hands’ dimana setiap cap tangan melambangkan keberanian & kekuatan mereka yang menghidapi kanser kanak-kanak; simbol yang unik & berlainan untuk setiap orang.
Tarikh Tutup – 9 Februari 2021
SCCS ingin mengajak SCCS Family untuk cipta & lakarkan 1 cap tangan yang unik dan melambangkan benda kegemaran masing-masing. Mungkin makanan, atau haiwan ataupun hero/heroin dalam filem kegemaran.
Hantarkan gambar cap tangan tersebut ke Ciku Kaisyn, Cikgu Audrey atau Cikgu Nazrin melalui WhatsApp & kami akan kumpulkan semua gambar untuk paparkan di platform digital SCCS pada 15 Februari 2021! Sama-sama kita memeriahkan hari yang bermakna ini.
Dapatkan idea-idea menarik untuk melakar cap tangan!
Muat Turun untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ICCD.