We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.
You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!
1 October 2019 ·
Mohd Fikri berasal dari Bintulu anak bongsu dari 5 beradik dan berumur 19 tahun. Fikri telah disahkan menghidap Kanser ‘NonHodgkin Lymphoma’ pada bulan Disember 2009 ketika berusia 9 tahun.
Pada usia kecilnya, dia belum mengenal apa erti penyakit kanser.Dia merasa sengsara kerana perlu menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi serta perlu sentiasa membuat pemeriksaan darah dan merasakan itulah pengakhiran hidupnya ketika itu. Namun dengan sokongan ibu dan ahli keluarga, pihak doktor dan SCCS dia berjaya mengharunginya dan telah tamat rawatan dan disahkan bebas dari kanser pada tahun 2014.
Fikri juga terlibat dengan program ‘Youth Camp’ dan aktiviti sukarelawan yang dijalankan SCCS di Bintulu antaranya Hari Keluarga SCCS bersama beberapa ‘Survivors’ yang lain.Fikri kini bekerja sebagai seorang makenik di sebuah bengkel kereta dan bercita-cita ingin membuka bengkel miliknya sendiri.
Perjalanan menempuh dugaaan ini amatlah perit untuk ditempuhi. Namun dengan kasih sayang dari orang sekeliling dan kepercayaan dan yakin akan diri sendiri nescaya akan ada sinar keajaiban untuk kanak-kanak pejuang kanser yang lain. Yakinlah bahawa kita boleh melawan penyakit ini.