We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.
You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!
8 September 2019 ·
Jecyka Khelin berumur 6 tahun dan didiagnos menghidap Leukaemia jenis ALL pada awal bukan April tahun 2018. Menurut ibunya, sebelum Jecyka Khelin disahkan menghidap Leukaemia, dia menghidapi bengkak di setiap kelenjarnya. Jecyka Khelin seorang yang sangat penyayang. Dia pandai menari dan menyanyi, dan telah mewakili kelasnya dalam persembahan tarian. Selain itu, dia suka berpakian cantik dan bersolek, hobinya pula membuat kraft. Setiap kali ke temu janji berjumpa doctor pada hari Rabu, dia tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai hari kraft untuk kanak –kanak kanser.
Jecyka Khelin bersekolah di SK Serayan, Lundu, dan bercita –cita untuk menjadi seorang doctor seperti Dr Ong. Makanan kegemarannya adalah ayam goreng. Pesanan ibu Jecyka kepada para ibu bapa diluar sana supaya cepat cepat datang ke hospital jika anak demam berpanjangan dan mempunyai bengkak-bengkak yang luar biasa pada badan anak terutamanya di bahagian kelenjar.
Ibu Jecyka Khelin berterima kasih kepada SCCS kerana banyak membantu mereka di saat Khelin sakit. Sekarang Khelin sudah boleh bermain seperti dahulu, dan ibu Jecyka akan terus menyokong usaha usaha murni SCCS untuk membantu kanak-kanak kanser.