We Are Families Helping Families

We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.

You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!

20 September 2019 ·

Saya KHO BEE ENG, ibu kepada HARRY NG BOON SENG. Kami berasal dari Sibu. Harry disahkan menghidap kanser darah (Leukaemia) dan diatur untuk menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak. Kami sangat bersyukur, akhirnya Harry telah berjaya melengkap semua kitaran kimoterapi.

Sepanjang rawatan di Wad 2A, Harry agak pendiam tetapi dia suka ketawa .Dia sangat ceria dan sentiasa aktif seperti kanak-kanak yang sihat walaupun dalam kesakitan. Dia selalu memberi senyuman kepada doktor, jururawat serta cikgu yang mengajar di Wad 2A.

Harry mempunyai sifat-sifat positif yang sangat unik mendorong saya sebagai ibunya bertekad untuk kuatkan semangat dan tabah dalam semua dugaan serta mengharungi segala cubaan hidup demi menjaga anak yang sakit ini.

Selama 7 minggu saya meneman Harry di Hospital Kuala Lumpur kerana menjalani pemindahan sumsum tulang. Saya bangga dengan Harry yang tetap kuat bertarung dengan kanser dalam tempoh ini dengan senyuman dan keriangan yang tidak pernah berkurangan.

Kami dibenarkan balik ke Sibu dan meneruskan rawatan susulan di Hospital Sibu selama 4 bulan. Akan tetapi, kami dikejutkan dengan keputusan ujian sumsum tulang di mana doktor mengumumkan kanser Harry berulang dan tidak dapat diubati lagi kali ini, Harry perlukan rawatan paliatif. Hati saya menjadi terlalu lemah dan sangat sedih. Saya mempersoalkan Tuhan, mengapa Tuhan memberi saya dugaan dan cubaan ini, saya terasa sedih sekali kerana Tuhan lebih sayangkan dia.

Walaupun Harry telah meninggalkan kami sekeluarga pada April 2019 tetapi kami masih kuatkan semagat dan sabar ,tabah dengan segala yang telah berlaku, mungkin itulah pemberian Tuhan kepada keluarga saya. Tetapi saya tidak pernah putus asa kerana saya telah menjaga dia dengan bersungguh-sungguh .

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SCCS , doktor dan jururawat Wad 2A kerana telah banyak membantu Harry semasa menerima rawatan di wad. SCCS telah banyak menceriakan Harry setiap hari dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersamanya. Selain itu SCCS menjaga dan memberikan tempat tinggal yang percuma dan selesa kepada kami dan mereka yang tidak mempunyai saudara mara di Kuching. SCCS banyak meringankan beban kami dan saya akan terus menyokong segala usaha yang dijalankan oleh SCCS untuk membantu kanak-kanak kanser lain.