We Are Families Helping Families

We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.

You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!

26 September 2019 ·

Emeritus Ezander Edwin berusia 8 tahun dan bersekolah di SK. Kujang Mawang telah didiagnos menghidap Leukaemia jenis ALL. Dia merupakan pelajar tahun 2 di sekolahnya. Emeritus suka bermain badminton dan bercita-cita untuk menjadi seorang “Pilot” di Syarikat Penerbangan MAS.

Emeritus seorang yang periang dan peramah. Semasa menjalani rawatan intensive, dia suka memberikan senyuman kepada semua orang yang mendekatinya dan dia sangat suka membaca buku. Makanan kegemarannya adalah buah pisang dan buah betik. Dia tidak suka makan ayam goreng tetapi sangat meminati masakan yang berasaskan ikan.

Simptom-simptom awal yang ada pada Emeritus pada satu ketika dulu adalah berbiji-biji di bawah ketiak dan berlanjutan ke seluruh badan, demam panas dan nampak pucat. Ibu kepada Emeritus berpesan agar para ibu bapa yang mempunyai anak kanser banyakkan berdoa, tabah dan kuat sepanjang menjalani rawatan kanser.

Bagi ibu bapa yang membaca cerita ini jika terdapat tanda tanda luar biasa atau perubahan yang tidak bagus yang terdapat pada anak haruslah berjumpa dengan doktor dengan segera. Jangan ambil mudah dengan tahap kesihatan anak. Emeritus juga memberi pesanan agar kawan-kawanya yang menghidap kanser haruslah berperang dengan penyakit dan jangan mudah mengalah. Walaupun sakit, kita haruslah sentiasa senyum kerana senyuman dapat melawan penyakit.

Bagi keluarga Emeritus, SCCS banyak memberikan sokongan moral dan emosi di saat kami sangat “down”. Sekurang-kurangnya ringan rasa beban yang di tanggung pada ketika itu. Selain itu, kami juga berterima kasih dengan bantuan subsidi tambang yang diberikan oleh SCCS untuk megurangkan kos tambang yang mahal bagi kami ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebab kami tinggal di kawasan pendalaman.