We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.
You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!
21 September 2019 ·
Auni Amani Bt. Abdullah berusia 5 Tahun telah didiagnos menghidap Leukaemia jenis ALL pada bulan Febuari yang lepas. Auni bersekolah di Tabika Kemas Kampung Mang dan bercita –cita untuk menjadi seorang anggota bomba. Di sekolah, Auni suka mewarna dan melukis. Makanan kegemaran Auni adalah ayam goreng dan hobinya adalah berbasikal. Auni amat meminati warna pink.
Menurut ibunya, Auni seorang kanak-kanak yang kuat. Semasa menjalani rawatan, Auni tidak banyak karenah dan memberikan kerjasama dalam memudahkan proses rawatan. Sifat Auni yang kuat berjuang untuk sembuh membuatkan ibunya tabah mengharungi tempoh rawatan. Sepanjang menjaga Auni, pengalaman yang manis bagi ibunya apabila mendengar Auni menyanyi (dalam diam) kerana Auni merupakan seorang kanak-kanak yang sangat pendiam. Apabila mendengar Auni menyanyi, ibunya cukup gembira.
Simptom – simptom yang dihadapi oleh Auni sebelum disahkan Kanser adalah demam berpanjangan selama 2 minggu, gusinya berdarah, lebam bahagian kaki dan matanya merah. Disebabkan simptom ini, ibunya membawanya ke PJHUS dan selepas menjalani pemeriksaan darah, Auni terus dirujuk ke HUS untuk penelitian pakar. Sekarang, selepas menjalani beberapa sesi rawatan, keadaan kesihatan Auni semakin membaik.
Ibu Auni berharap agar ibu-ibu sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi ujian yang Allah berikan. Janganlah ambil endah tentang tahap kesihatan anak-anak sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku jika kita tidak mempedulikankesihatan anak. Akhir sekali, jangan mudah mengalah dan terus tetap berjuang bersama anak anak dalam melawan segala jenis penyakit. Ibu Auni berharap agar Auni membesar dangan sihat dan di anugerahkan kesihatan yang berpanjangan seperti kanak-kanak lain, Semoga Auni menjadi anak yang solehah dan dapat membantu kanak-kanak kanser yang lain pada suatu masa nanti.