We Are Families Helping Families

We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.

You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!

24 September 2019 ·

Muhammad Aisy Rizqi bin Murdani lahir pada 3 Februari 2015, dan kini berusia 4 tahun Aisy seorang kanak-kanak yang aktif dan sukakan aktiviti luar seperti bermain bola, berenang dan bermain basikal. Warna kegemaran Aisy adalah merah manakala makanan kegemaran Aisy pula adalah pizza pepperoni.

Aisy telah didiagnos menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia pada pertengahan bulan Mac 2019. Aisy baharu sahaja 2 bulan lebih memulakan persekolahannya di PASTI Darul Hana sebelum disahkan kanser. Walaubagaimanapun, Aisy terpaksa diberhentikan persekolahannya buat sementara waktu, demi fokus dengan rawatan kimoterapi yang sudah ditetapkan oleh doktor pakar.

Antara simptom yang dihadapi oleh Aisy sebelum disahkan kanser adalah kurang aktif, demam “on off”, kurang selera makan, bibir tapak tangan dan tapak kaki yang teramat pucat, dan selalu mengadu badannya berasa penat. Oleh kerana risau akan simptom-simptom tersebut, ibunya membawa Aisy ke poliklinik untuk menjalani ujian darah. Setelah mendapat keputusan ujian, darah yang tidak memberansangkan, serta merta Aisy dibawa menggunakan ambulans terus ke HUS untuk penilaian selanjutnya pada masa itu juga. Setelah mendapati Aisy disahkan menghidapi Leukaemia (ALL) semestinya kedua ibu bapanya merasa teramat sedih dan terkejut, namun harus kuat demi memastikan Aisy akan sembuh seperti kanak-kanak yang lain.

Ibu Aisy berharap agar semua ibu bapa kepada kanak-kanak kanser di dunia ini sentiasa cekal, tabah dan redha atas takdir yang diberikan. Bukan mudah untuk melihat kesakitan yang di tanggung oleh anak, namun itu bukan alasan untuk ibu bapa menyerah kalah. Sebaliknya, ibu bapa harus kuat semangat, bersikap positif dan sentiasa memberi kata-kata semangat untuk anak. Dengan demikian, anak-anak juga akan bersemangat untuk melawan rasa sakit dan percaya diri bahawa mereka juga boleh sembuh.

Akhir sekali, Ibu Aisy ingin berterima kasih kepada warga SCCS, para doktor dan jururawat di Wad 2A Pediatrik Onkologi Hospital Umum Sarawak, kerana sentiasa memberi khidmat yang terbaik buat pesakit kanak-kanak kanser.