Berusia 13 tahun dan berasal dari Tanjung Manis Belawai Sarawak, Mashitah disahkan menghidap kanser otot di bahagian mata pada bulan Oktober 2018. Dia telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di sebelah bahagian kiri matanya pada 25/06/2019.
Mashitah sedang mendapatkan rawatan radioterapi di HUS dan sedang meniti hari untuk kembali ke kampung halaman dan berjumpa dengan adik kesayangannya setelah sekian lama tidak berjumpa.
Dia seorang anak yang sangat menghormati orang tua, amat mudah untuk menjaganya sepanjang tempoh rawatan. Mashitah dan ibunya tinggal di SCCS Centre sepanjang menjalankan rawatan di HUS. Dia amat gemar mewarna dan rajin membantu ibu nya melakukan tugasan harian untuk meringankan tugasan ibunya.
Mashitah berharap dia boleh sihat seperti sediakala dan dapat kembali ke sekolah setelah sekian lama pelajaran nya tertunggak agar dapat mengejar cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor pada masa hadapan. Dia juga berharap agar dia dan kanak-kanak lain diberikan kesihatan, panjang umur dan murah rezeki dan sentiasa berfikiran positif dalam setiap dugaan yang dihadapi.