Iqbal Ziden, pejuang kanser Leukemia ALL semasa umurnya 4 tahun, kini telah menjadi seorang anak yang sihat, kembali ke zaman persekolahan, bergiat cergas dalam aktiviti sukan (bola sepak terutamanya) seperti budak lain.
Iqbal meminati aktiviti kraf, dialah penyokong setia Hari Kraf setiap Rabu sekiranya ada temujanji dengan doktor. Iqbal juga gemar melukis pelbagai jenis kenderaan, meskipun semasa rawatan dalam wad, tak tertinggal minatnya untuk terus melukis.
Kenangan yang susah dilupai oleh Ibu Iqbal adalah semasa kitaran kemoterapi kedua, Iqbal muntah dan berak darah. Ibunya sangat takut dan risau melihat keadaan anaknya. Iqbal terpaksa berpuasa dua hari dan dimasukkan ke dalam bilik pengasingan selama sebulan.
Iqbal bersama keluarga sangat menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh SCCS. Mereka telah mengikuti Hari Keluarga SCCS setiap tahun dan mendapati ini adalah usaha yang baik untuk mengeratkan persahabatan sesama keluarga SCCS, di samping anak anak pun berseronok dengan teman seperjuangan yang lain.
Ibu Iqbal berharga sangat semua pejuang kanser kanak-kanak dapat sembuh dan menjalani kehidupan biasa seperti anak anak lain. Dia mogakan kecemerlangan dalam pelajaran untuk semua kanak-kanak kanser.
– Kai Syn