23 September 2019
Adriella Aren Ak
Frederic Ngau berusia 3 tahun 5 bulan dan telah disahkan menghidap Analplastic
Large Cell Lymphoma pada Jun yang lepas. Adriella seorang budak yang tidak
cerewet tentang makanannya. Hampir semua makanan Adriella suka dan yang paling
dia suka adalah hotdog.Adriella suka bermain masak masak. Selain itu, dia juga
suka bermain permainan di dalam handphone yang digelarnya main kucing (My
Angela). Adriella bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu bila dia dewasa
kelak.
Adriella seorang
yang sangat ceria, lucu tetapi suka menagis. Walaupun dalam keadaan yang sakit
dan menagis dia sempat berhenti seketika dan melemparkan senyuman walaupun
hanya sekejap. Walaupun ibunya tahu Adriella sakit dan menahan kesakitan,
tetapi semangat Adriella yang kuat dalam melawan penyakitnya, sentiasa bermain,
ketawa dan sifat lucunya membuatkan ibunya kuat dan tabah dalam mengharungi
cabaran dan ujian yang datang dalam tempoh rawatan Adriella.
Simptom-simptom
yang ada pada Adriella sebelum ibunya menghantarnya ke Hospital adalah demam
yang berpanjangan selama 1 bulan yang tidak pernah reda dan terdapat bengkakan
pada pipi sebelah kiri dan semakin membesar dan berpeluh pada waktu malam. Ibu
Adriella berpesan agar segera membawa anak ke hospital jika ada demam yang
berlarutan. Jika ada bengkakan pada tubuh badan anak jangan ambil mudah, segera
ke hospital berdekatan kerana berkemungkinan bengkakan itu tanda awal kanser
dan sentiasa peka terhadap tahap kesihatan anak.