Home > Our Stories > Norazie Bin Rojiman

Norazie Bin Rojiman

Saya merupakan salah seorang ‘survivors’ kanser kanak-kanak dan telah disahkan bebas kanser.

Saya, Norazie Bin Rojiman berumur 27 tahun dan berasal dari Kuching. Saya merupakan salah seorang ‘survivors’ kanser kanak-kanak dan telah disahkan bebas kanser. Saya disahkan menghidap kanser ‘Lymphoma’ Tahap 3 ketika berusia 9 tahun. Ketika disahkan menghidap kanser, keluarga amat terkejut dan sangat sedih ketika menerima berita ini.

Pada mulanya, saya berasa sangat takut dan rendah diri kerana dalam pemikiran saya, kanser boleh membawa maut dan rambut saya juga mula gugur dan menjadi botak. Namun para doktor dan keluarga memberi sokongan kepada saya bahawa saya boleh melawan penyakit ini. Saya telah menjalankan rawatan insentif Kimoterapi di Hospital Umum Sarawak . Sepanjang rawatan dijalankan, saya sangat cemburu melihat rakan-rakan dan kanak-kanak yang sebaya saya boleh bermain aktif, ini mejadikan diri saya lebih bersemangat untuk melawan penyakit ini dan menjadi sihat semula agar saya boleh bermain seperti kanak-kanak lain, saya telah menamatkan rawatan 6 bulan kemudian.

Bila meningkat dewasa dan telah mendirikan rumah tangga, saya berasa risau akan kesan sampingan rawatan yang telah saya terima , saya takut jika saya tidak dapat memberikan zuriat kepada pasangan saya. Namun, saya berasa amat bersyukur dan gembira ketika isteri disahkan hamil anak pertama kami. Kini, saya memiliki 3 orang cahaya mata.

Saya bekerja di salah sebuah Kompleks Beli Belah di Kuching. Jika ada masa terluang, saya akan mengikuti program sukarelawan SCCS dan memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang lain senasib dengan saya dan juga memberikan motivasi kepada mereka bahawa mereka juga boleh menjadi salah seorang ‘Survivors’ kanser.

Kepada pejuang kanser yang lain, jangan jadikan sakit ini sebagai pematah semangat untuk mengejar cita-cita. Sokongan dari keluarga dan orang sekeliling amatlah diperlukan dalam perjalanan ini dan sentiasa berfikiran positif dan menikmati kehidupan yang diberikan, kerana Tuhan tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita untuk menghadapinya.

Share On Social Media

From as low as only RM30/month,

Give Hope. Fight Cancer.

Sign up today for our Heart of Gold Monthly Donation Programme to help ensure children with cancer get access to the medical treatment and care they need to get better.

Childhood cancer is treatable, and your support can help save their lives

More Inspiring Stories

Exciting changes are coming! We're actively rolling out a new and improved site design. We apologize for any inconvenience during this quick transition!
This is default text for notification bar