Home > Our Stories > Ezra Kalang

Ezra Kalang

Ezra Kalang berumur 1 tahun 6 bulan disahkan menghidap penyakit ‘Acute Lymphoblastic Leukemia’

Perkongsian dari ibu Ezra untuk hari ini.

Ezra Kalang berumur 1 tahun 6 bulan. Anak bongsu daripada 2 beradik ini berasal dari Miri, Sarawak. Ezra mula sakit dengan simptom demam yang berpanjangan selama lebih daripada 2 minggu dengan keadaan yang pucat.

Hujung bulan Mac 2019 Masuk wad di Hospital Umum Miri kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak(HUS) dan disahkan menghidap penyakit ‘Acute Lymphoblastic Leukemia’ pada April 2019.

Selama 2 minggu di HUS kemudian dibenarkan balik ke Hospital Umum Miri, dan mula menjalankan rawatan kimoterapi di penghujung bulan April 2019. Pada Julai 2019, Ezra kembali ke HUS untuk menjalani rawatan yang lebih intensif. Sehingga sekarang, Ezra masih lagi menerima rawatan di HUS sehingga selesai sebelum balik ke Miri.

Kegemaran Ezra adalah menonton rancangan lagu kanak-kanak dan bermain bola. Makanan kegemaran Ezra adalah roti, kentang, lobak dan buah-buahan serta suka minum jus epal.

Ezra merupakan seorang budak yang sangat bijak dan cepat mempelajari sesuatu yang baru. Sentiasa aktif, bertenaga dan ceria walaupun tengah menjalani rawatan kimoterapi.

Sesuatu yang istimewa tentang Ezra adalah kekuatan fizikal dan semangat yang luarbiasa pada dirinya dan di luar jangkaan saya. Ini merupakan suntikan semangat kepada saya untuk lebih kuat dan sabar dalam penjagaannya di sepanjang tempoh rawatan. Di samping itu bapa serta kakak-kakak Ezra turut sentiasa memberi sokongan.

Dengan pengalaman yang ada, saya ingin berkongsi dengan ibubapa di luar sana agar tidak takut untuk memberi rawatan perubatan kepada anak-anak sekiranya disahkan sakit kanser. Jangan memandang rendah kepada kemampuan anak-anak kita untuk menerima sesuatu rawatan yang kita rasa sangat kuat dan berat. Sebenarnya mereka lebih kuat daripada kita orang dewasa.”

Share On Social Media

From as low as only RM30/month,

Give Hope. Fight Cancer.

Sign up today for our Heart of Gold Monthly Donation Programme to help ensure children with cancer get access to the medical treatment and care they need to get better.

Childhood cancer is treatable, and your support can help save their lives

More Inspiring Stories

Exciting changes are coming! We're actively rolling out a new and improved site design. We apologize for any inconvenience during this quick transition!
This is default text for notification bar