Aisyah Adlina Bt.
Morsidi berusia 10 tahun dan telah didianogsis menghidap ‘Right leg
Osteosarcoma’ pada Mac 2019. Aisyah telah berjaya menamatkan sesi rawatan
intensive dan kini hanya perlu berjumpa doctor di Hospital Sibu 2 minggu sekali
untuk rawatan susulan.
Aisyah bersekolah
di SK Tanjung Manis di dalam Tahun 4. Dia berasa sangat gembira kerana dapat
kembali bersekolah. Dia sangat suka bersekolah. Semasa menjalani rawatan di
Hospital Umum Sarawak. Dia juga sering pergi ke Sekolah Dalam Hospital untuk
belajar. Bagi nya, tiada yang mampu menghalangnya untuk ke sekolah kecuali dia
berasa tidak sihat pada ketika itu.
Aisyah suka
mencuba sesuatu yang baru, suka bercerita, mewarna dan membuat activity kraft.
Makanan kegemaranya adalah ayam goreng dan dia juga bercita cita untuk menjadi
seorang cikgu. Walaupun Aisyah mempunyai kekurangan, tetapi dia menerima
kekurangan itu dengan hati yang terbuka dan sentiasa berfikiran positif. Aisyah
seorang yang tidak mudah putus asa, bersemangat dan tidak mengganggap
kekurangan pada dirinya bukan penghalang untuk dia berjaya pada suatu masa
nanti. Semangat Aisyah yang kuat membuatkan ibunya tabah dalam mengharungi
segala ujian yang di beri Allah pada nya.
Simptom-simptom
yang dilalui oleh Aisyah adalah sakit kaki yang teramat sangat dan kembang
selepas jatuh. Ibunya menasihati para ibu bapa agar mengawasi anak-anak mereka
dalam menjalani aktiviti harian. Jika anak terjatuh mengadu kesakitan dan
bengkak cepat cepat la bawa ke hospital yang berdekatan untuk x-tray dan
dapatkan nasihat daripada doctor. Jangan biarkan kesakitan dan bengkak
berlarutan tanpa pengetahuan doktor kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi.