Home > Our Stories > Audryianna Bua

Audryianna Bua

Audryianna disahkan menghidap kanser Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) semasa saya berumur 14 tahun

Audryianna, 19 tahun –

Saya disahkan menghidap kanser Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) semasa saya berumur 14 tahun pada Oktober 2014. Saya menjalankan rawatan sepenuhnya iaitu kemoterapi di Hospital Umum Sarawak dan menamatkan rawatan saya pada 13 Mei 2015. Pada masa itu, saya mengaku yang saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya disahkan menghidap kanser leukimia. Dalam fikiran saya hanya terbayangkan seorang remaja tanpa rambut (botak) dan sudah pasti kematian yang akan sentiasa menghantui fikiran saya setiap saat, jam dan hari sepanjang berada di hospital.

Tetapi berkat doa dan sokongan daripada keluarga terutamanya kedua-dua orang tua saya, kawan-kawan serta guru-guru saya yang tidak pernah berputus asa memberi saya kata semangat untuk melawan penyakit saya sehinggalah saya mampu untuk tersenyum dan melepaskan segala kerisauan serta ketakutan sepanjang menjalankan rawatan.

Akhir sekali, kepada pesakit-pesakit yang lain semoga diberi kesihatan yang kekal, sentiasa berfikiran positif dan berdoa.

Share On Social Media

From as low as only RM30/month,

Give Hope. Fight Cancer.

Sign up today for our Heart of Gold Monthly Donation Programme to help ensure children with cancer get access to the medical treatment and care they need to get better.

Childhood cancer is treatable, and your support can help save their lives

More Inspiring Stories

Exciting changes are coming! We're actively rolling out a new and improved site design. We apologize for any inconvenience during this quick transition!
This is default text for notification bar