We Are Families Helping Families

We need your help and everyone’s help to support them. We need to show them that we all have their back and is doing our part in their journey of fighting childhood cancer.

You can help by either contributing financially to our cause, or to take part in our efforts to support them. Of course, it would be best if you can do both!

23 September 2019 ·

Adriella Aren Ak Frederic Ngau berusia 3 tahun 5 bulan dan telah disahkan menghidap Analplastic Large Cell Lymphoma pada Jun yang lepas. Adriella seorang budak yang tidak cerewet tentang makanannya. Hampir semua makanan Adriella suka dan yang paling dia suka adalah hotdog.Adriella suka bermain masak masak. Selain itu, dia juga suka bermain permainan di dalam handphone yang digelarnya main kucing (My Angela). Adriella bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu bila dia dewasa kelak.

Adriella seorang yang sangat ceria, lucu tetapi suka menagis. Walaupun dalam keadaan yang sakit dan menagis dia sempat berhenti seketika dan melemparkan senyuman walaupun hanya sekejap. Walaupun ibunya tahu Adriella sakit dan menahan kesakitan, tetapi semangat Adriella yang kuat dalam melawan penyakitnya, sentiasa bermain, ketawa dan sifat lucunya membuatkan ibunya kuat dan tabah dalam mengharungi cabaran dan ujian yang datang dalam tempoh rawatan Adriella.

Simptom-simptom yang ada pada Adriella sebelum ibunya menghantarnya ke Hospital adalah demam yang berpanjangan selama 1 bulan yang tidak pernah reda dan terdapat bengkakan pada pipi sebelah kiri dan semakin membesar dan berpeluh pada waktu malam. Ibu Adriella berpesan agar segera membawa anak ke hospital jika ada demam yang berlarutan. Jika ada bengkakan pada tubuh badan anak jangan ambil mudah, segera ke hospital berdekatan kerana berkemungkinan bengkakan itu tanda awal kanser dan sentiasa peka terhadap tahap kesihatan anak.